1 year 7 months ago
Imunoterapi berbanding kemoterapi untuk merawat kanser pundi kencing yang tidak boleh dibedah atau metastatik Soalan ulasan Bagaimanakah imunoterapi (ubat baharu yang berfungsi melalui sistem imun badan) berbanding kemoterapi (ubat yang membunuh sel kanser) pada penghidap kanser pundi kencing atau sistem kencing atas yang telah merebak ke seluruh badan atau prosedur pembedahan tidak boleh dilaksanakan kerana tahap lanjut. Latar belakang Sehingga beberapa tahun yang lalu, rawatan kanser pundi kencing yang telah merebak ke organ lain di luar saluran kencing (kanser pundi kencing metastatik)...
1 year 7 months ago
Latihan pundi kencing untuk merawat pundi kencing yang terlampau aktif dalam kalangan orang dewasa Apakah yang kami ingin ketahui? Kami ingin membandingkan keberkesanan latihan pundi kencing dengan rawatan lain untuk orang dewasa dengan pundi kencing terlampau aktif (overactive bladder, OAB). Latar belakang OAB ialah keadaan kronik biasa yang melibatkan kerap membuang air kecil pada waktu siang, membuang air kecil semasa tidur, dan desakan mengejut untuk membuang air kecil dengan atau tanpa inkontinens urinari (kencing yang tidak disengajakan). Keadaan ini menurunkan kualiti hidup dan...
1 year 7 months ago
Bagaimanakah kita boleh berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang ramai dan komuniti tentang langkah-langkah yang membantu mencegah dan mengawal COVID-19? Mesej utama - Semasa pandemik, kerajaan dan pihak berkuasa lain perlu berkomunikasi secara jelas dengan orang awam tentang bagaimana mereka boleh menjaga keselamatan diri masing-masing. Komunikasi ini perlu berdasarkan kepercayaan dan dirancang dengan baik. Orang ramai dan komuniti yang terjejas akibat pandemik perlu terlibat dalam perancangan dan penyampaian komunikasi. Komunikasi harus menjangkau semua orang dalam seluruh komuniti,...
1 year 7 months ago
Ubat manakah yang mengurangkan kerengsaan, agresi atau pencederaan kendiri pada orang yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD)? Mesej utama • Hanya 3 kelas ubat menunjukkan sebarang pengurangan kerengsaan, agresi atau kecederaan kendiri jika dibandingkan dengan plasebo (ubat palsu). Ubat antipsikotik atipikal (generasi kedua) mungkin mengurangkan kerengsaan dan agresi, tetapi mempunyai sedikit atau tiada kesan pada kecederaan kendiri. Ubat-ubatan yang berkaitan dengan sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (attention deficit hyperactivity disorder, ADHD) boleh mengurangkan...
1 year 7 months ago
Kanak-kanak dengan kesakitan kronik bukan kanser dan pengalaman dan pemahaman keluarga mereka tentang keadaan, perkhidmatan dan rawatan kesakitan mereka: meta-etnografi Apakah matlamat sintesis ini? Matlamat sintesis bukti kualitatif Cochrane ini adalah untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak dan orang muda yang mengalami sakit kronik dan keluarga mereka: 1) fikirkan tentang sakit kronik; 2) hidup dengan kesakitan kronik; 3) fikirkan bagaimana perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sosial merawat kesakitan mereka; dan 4) apa yang mereka inginkan daripada perkhidmatan dan rawatan. Untuk menjawab...
1 year 7 months ago
Sejauh manakah sokongan dan intervensi psikologi membantu pemulihan dan penyembuhan selepas terdedah kepada keganasan dan penderaan seksual? Mesej utama • Kami telah menjumpai bukti bahawa intervensi psikologi atau sosial (secara kolektif dikenali sebagai 'psikososial') boleh mengurangkan gejala gangguan tekanan selepas trauma (post-traumatic stress disorder, PTSD) dan kemurungan pada mangsa yang terselamat daripada rogol, serangan seksual dan penderaan yang dialami semasa dewasa. • Ulasan kami mencadangkan bahawa intervensi tidak memburukkan gejala atau membawa kepada kesan yang tidak...
1 year 7 months ago
Ubat perangsang biasa manakah yang terbaik untuk bayi pramatang yang pernafasannya terhenti semasa tidur (apnea)? Mesej utama • Kafein dan bahan lain yang serupa tergolong dalam kumpulan perangsang yang dipanggil methylxanthine. Bahan-bahan ini sering digunakan untuk mencegah dan merawat apnea - apabila pernafasan berulang kali berhenti dan bermula - pada bayi yang baru lahir. • Kafein boleh mengakibatkan sedikit atau tiada perbezaan dalam kekerapan kematian bayi yang dilahirkan terlalu awal berbanding methylxanthine lain. • Lebih banyak kajian diperlukan, terutamanya pada bayi yang...
1 year 7 months ago
Preskripsi antibiotik tertangguh untuk jangkitan saluran respiratori Soalan ulasan Adakah penangguhan preskripsi antibiotik berbanding preskripsi segera atau tiada antibiotik mengurangkan bilangan antibiotik yang diambil untuk orang dengan jangkitan saluran respiratori termasuk sakit tekak, jangkitan telinga tengah, batuk (bronkitis) dan selesema biasa? Latar belakang Mengunakan terlalu banyak antibiotik meningkatkan risiko reaksi buruk dan menyebabkan kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi dan meningkatkan rintangan antibakteria. Satu strategi untuk mengurangkan penggunaan antibiotik...
1 year 7 months ago
Preskripsi antibiotik tertangguh untuk jangkitan saluran pernafasan (RTI Soalan ulasan Adakah penangguhan preskripsi antibiotik berbanding dengan preskripsi segera atau tiada antibiotik mengurangkan bilangan antibiotik yang diambil untuk orang yang mengalami jangkitan saluran pernafasan (RTI) termasuk sakit tekak, jangkitan telinga tengah, batuk (bronkitis) dan selesema biasa? Latar belakang Mempreskrib terlalu banyak antibiotik meningkatkan risiko reaksi buruk dan menyebabkan kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi dan meningkatkan rintangan antibakteria. Satu strategi untuk mengurangkan...
1 year 7 months ago
Rawatan psikologi untuk kemurungan pada golongan belia dan orang dewasa yang dilahirkan dengan masalah jantung Mesej utama • Intervensi psikologi (terapi bercakap/kaunseling) boleh mengurangkan gejala kemurungan di kalangan orang dewasa dengan penyakit jantung kongenital. • Kajian lanjut diperlukan untuk menentukan rawatan psikologi yang terbaik untuk populasi ini, seperti tempoh, kekerapan dan jenis intervensi. Apa itu penyakit jantung kongenital? Penyakit jantung kongenital ialah istilah umum yang digunakan untuk mentakrifkan pelbagai kecacatan kelahiran yang menjejaskan fungsi jantung....
1 year 7 months ago
Adakah pemberian sokongan pernafasan melalui hidung berkesan untuk bayi yang memerlukan bantuan pernafasan semasa lahir? Mesej utama 1. Di kalangan bayi baru lahir yang memerlukan bantuan untuk bernafas sejurus selepas dilahirkan, di dalam bilik bersalin, beberapa kajian mencadangkan bahawa pemberian sokongan pernafasan melalui hidung (antara muka hidung) adalah lebih berkesan daripada melalui topeng muka (menutup hidung dan mulut) atau topeng saluran pernafasan larinks (LMA; tiub pernafasan, dimasukkan melalui mulut). 2. Memberikan bayi sokongan pernafasan melalui hidung berbanding dengan...
1 year 7 months ago
Apakah faedah dan kesan yang tidak diingini daripada anestetik topikal untuk lelasan kornea? Mesej utama 1. Kami sangat tidak pasti tentang keberkesanan ubat titis mata anestetik untuk mengawal kesakitan akibat lelasan kornea (calar). 2. Kami sangat tidak pasti tentang keselamatan ubat titis anestetik mengenai kelajuan penyembuhan dan komplikasi. 3. Untuk memastikan bukti yang boleh dipercayai, penyelidik harus mengikut panduan amalan yang terbaik. Kajian penyelidikan masa depan harus merangkumi lebih ramai orang yang diikuti dalam tempoh yang lebih lama selepas rawatan tamat. Apakah lelasan...
1 year 7 months ago
Vitamin D untuk rawatan penyakit radang usus Mesej utama Data yang kami ada pada masa ini untuk penggunaan vitamin D untuk rawatan penyakit radang usus adalah berkualiti sangat rendah, dan kami tidak tahu sama ada ia berkesan atau selamat. Apakah itu penyakit radang usus? Penyakit radang usus adalah penyakit seumur hidup yang menjejaskan saluran penghadaman. Dua jenis utama adalah kolitis ulseratif dan penyakit Crohn. Kolitis ulseratif hanya menjejaskan usus besar. Penyakit Crohn boleh menjejaskan mana-mana bahagian saluran penghadaman, daripada mulut sehingga anus. Gejala biasa termasuk...
1 year 7 months ago
Vaksin untuk mencegah kayap dalam kalangan orang tua Mesej utama Vaksin boleh mencegah kayap pada orang tua yg sihat. Apakah herpes zoster? Herpes zoster ialah pengaktifan semula virus varicella zoster. Virus varicella zoster menyebabkan cacar air dan boleh kekal tidak aktif di dalam sel-sel saraf selama bertahun-tahun. Virus ini boleh menjadi aktif semula, bergerak melalui saraf ke kulit dan menghasilkan lepuh di sepanjang perjalanan saraf. Keadaan ini dipanggil kayap (herpes zoster), dan kerap terjadi pada orang yang mempunyai imuniti yang rendah, seperti orang tua. Sebelum lepuh muncul,...
1 year 7 months ago
Vaksin untuk mencegah kayap dalam kalangan orang dewasa yang lebih tua Soalan ulasan Kami menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin untuk mencegah kayap pada orang tua yang sihat. Latar belakang Virus varicella zoster menyebabkan cacar air dan boleh kekal tidak aktif di dalam sel-sel saraf selama bertahun-tahun. Virus ini boleh menjadi aktif semula, bergerak melalui saraf ke kulit dan menghasilkan lepuh di sepanjang perjalanan saraf. Keadaan ini dipanggil kayap (herpes zoster), dan kerap terjadi pada orang yang mempunyai imuniti yang rendah, seperti orang tua. Sebelum lepuh muncul, simptom...
1 year 7 months ago
Ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa tusukan tulang belakang pada bayi baru lahir Mesej utama • Tusukan tulang belakang adalah prosedur yang menyakitkan, tetapi pengurusan terbaik untuk kesakitan dan ketidakselesaan pada bayi baru lahir adalah tidak jelas. • Kami mengenal pasti kajian-kajian menggunakan krim yang mengandungi ubat penahan sakit, disapu terus pada kulit di mana tusukan tulang belakang dilakukan. • Krim ini boleh mengurangkan kesakitan semasa tusukan tulang belakang, tetapi tidak jelas sama ada ia mempunyai kesan ke atas bilangan tusukan tulang...
1 year 7 months ago
Prebiotik untuk penghidap cystic fibrosis Mesej utama Pertumbuhan dan status nutrisi boleh memberi kesan terhadap fungsi paru-paru dan kemandirian keseluruhan pada penghidap cystic fibrosis (CF), dan prebiotik adalah satu sumber makanan untuk bakteria sihat dalam usus yang kemungkinan ada manfaatnya. Kami tidak menemui sebarang kajian yang melihat bagaimana prebiotik memberi kesan kepada orang yang menghidap CF, dan kajian sedemikian diperlukan. Bagaimanakah prebiotik boleh digunakan untuk merawat penghidap CF? Kami tahu bahawa pertumbuhan dan status pemakanan adalah penting dalam CF kerana...
1 year 7 months ago
Persenyawaan in vitro berbanding dengan pilihan lain untuk kesuburan yang tidak dapat dijelaskan Mesej utama Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) mungkin dikaitkan dengan peluang kelahiran hidup yang lebih tinggi berbanding dengan rawatan inseminasi intrauterin (IUI) yang tidak diransang. IVF juga mungkin menyebabkan kadar kelahiran hidup yang lebih tinggi berbanding dengan rangsangan ovari ditambah dengan IUI di kalangan wanita yang sebelum ni dirawat dengan IUI ditambah dengan clomiphene citrate (CC). Walau bagaimanapun, rawatan-naif untuk wanita, kelahiran hidup selepas IVF mungkin tidak...
1 year 7 months ago
Autoinflasi untuk otitis media dengan efusi (OME atau 'telinga gam') pada kanak-kanak Mesej utama Disebabkan kekurangan bukti kukuh, kami tidak pasti sama ada autoinflasi mempunyai sebarang kesan ke atas pendengaran. Penggunaan autoinflasi dua hingga tiga kali sehari mungkin mengurangkan sedikit bilangan kanak-kanak dengan OME selepas tiga bulan susulan. Skor pada soal selidik yang melihat kualiti hidup bagi orang dengan OME juga lebih baik untuk kanak-kanak yang menjalankan autoinflasi. Walau bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami kesakitan apabila menggunakan...
1 year 7 months ago
Pengoksigenan membran ekstrakorporeum (di luar badan) (ECMO) untuk pesakit dewasa kritikal Soalan ulasan Adakah ECMO meningkatkan survival jangka panjang dalam kalangan dewasa yang kritikal? Mesej utama – ECMO berkesan mengurangkan kematian berbanding pengurusan konvensional, tetapi ia dikaitkan dengan peningkatan risiko perdarahan major. – Hasil lain yang dilaporkan adalah kurang baik. – Terdapat ketidakpastian dalam penemuan dan penyelidikan lanjut diperlukan. Apakah pengoksigenan membran ekstrakorporeum? Pengoksigenan membran ekstrakorporeum (ECMO) ialah satu bentuk sokongan hidup untuk...
Checked
2 hours 39 minutes ago
Search on cochrane.org for:
Subscribe to Latest Malay Review translations feed